Ulasan Cerpen Cinta Di Kota Andalusia
![]() |
Mezquita Cordoba |
Cerpen Cinta Di
Kota Andalusia yang ditulis oleh Atikah Ibrahim mengisahkan cinta seorang
wartawan yang bernama Nada. Nada merupakan seorang wartawan yang berani dan
sangat mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana kerjayanya memerlukan dia
untuk berhadapan dengan masyarakat. Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab
sebagai seorang wartawan, dia juga sengaja mengunci pintu hatinya untuk
menerima kehadiran cinta. Ini kerana dia pernah mengalami liku-liku kehidupan
yang pahit bersama lelaki yang bernama ayah. Ayahnya telah menyebabkan hatinya
mati untuk menerima cinta dari lelaki. Dia tidak mahu menerima nasib yang sama
dengan ibunya yang sering disepak terajang oleh suami sendiri. Selain itu, ayah
Nada juga seorang yang tidak bertanggungjawab dan sering melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh ajaran agama Islam seperti berjudi dan minum
arak. Ayahnya juga seorang yang panas baran. Sikap yang ditonjolkan oleh
ayahnya telah menyebabkan Nada takut dan perit jika tersalah memilih lelaki.
Namun begitu, kehadirannya ke Kota Andalusia sebagai wartawan penyiaran bagi
salah satu seminar di sana telah mengetuk pintu hatinya untuk mengenal erti
cinta. Pertemuan dengan seorang jejaka yang sama di balai ketibaan Malaga dan
di sebuah restoran yang menghadap laut Mediterranean menyebabkan perasaannya gementar. Terasa
bagai sesuatu yang lain. Thariq Bin Hijjas merupakan seorang arkitek yang cinta
kepada kesenian dan sejarah. Pertemuan di restoran telah membawa kepada sebuah
perkenalan yang lebih rapat buat mereka berdua semasa berada di Andalusia.
Setelah selesai tugasan sebagai wartawan di seminar tersebut, Nada pulang ke
Malaysia bersama sepucuk surat dan hadiah yang diberikan oleh Thariq.
Kepulangan Nada ke Malaysia menyebabkan hubungan mereka terputus kerana
kecuaian Nada sendiri. Telefon bimbitnya telah hilang selepas pulang dari
Andalusia. Setelah dua tahun menanggung rindu, akhirnya Nada membaca surut yang
ditulis oleh Thariq. Thariq menyatakan bahawa dia akan melamar Nada sebaik
sahaja pulang ke Malaysia. Mereka bertemu secara tidak sengaja di masjid
putrajaya kerana masing-masing ingin menunaikan solat Asar.
Cerpen ini juga turut mempunyai beberapa gaya bahasa.
Antaranya adalah seperti :
1.
Personifikasi:
Pada jantung
masjid ini terdapat mihrab tempat dimana imam memimpin solat yang berbentuk
cekungan langit-langit yang diukir dari blok marmar dan kedua sisinya dihiasi
dengan mozek indah dari emas
2.
Perulangan:
Indah, cukup indah
3.
Simile: Dia
ibarat bintang yang memancarkan
cahaya yang terang, sehinggakan melebur dingin hatiku.
4.
Metafora: lautan lamunanku
Antara latar masa yang terdapat dalam cerpen
ini adalah seperti:
1.
Subuh: Subuh
yang cukup dingin, mengejutkan aku dari lena yang panjang.
2.
Asar: Aku
rasa, seolah-olah tuhan menjawab doaku lewat asar tadi.
3. Petang:
Lewat senja itu, di tepi jendela kaca restoran yang menghadap laut
Mediterranean, kami bertukar cerita.
Antara latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini adalah
seperti:
1.
Balai
ketibaan Malaga- ketibaan para pengunjung di lapangan terbang. Tempat pertemuan
pertama antara Nada dan Thariq.
2. Restoran depan laut Maditerranean: Lewat senja itu, di tepi jendela kaca
restoran yang menghadap laut Mediterranean, kami bertukar cerita.
Pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini
adalah kita hendaklah bertanggungjawab. Ini kerana sikap tanggugjawab akan
mencerminkan peribadi seseorang dalam masyarakat. Sebagai contoh, ayah Nada
merupakan seorang yang tidak
bertanggungjawab kerana gagal menjalankan tugas sebagai seorang suami
dan ayah yang terbaik untuk anak-anaknya. Sikap acuh tak acuh ayah Nada
menyebabkab kehidupan mereka sekeluarga susah dan ibu mereka terpaksa mencari
sumber rezeki. Selain itu, kita hendaklah mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Ini kerana keyakinan diri menyebabkan seseorang itu percaya akan kemampuan diri
sendiri. Sebagai contoh, Nada seorang yang berani dan berkeyakinan dalam
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang wartawan. Kerja sebagai seorang
wartawan memerlukan keberanian kerana mereka terpaksa berhadapan dengan
pelbagai lapisan masyarakat untuk melaporkan berita yang benar. Jika Nada tidak
yakin akan kemampuan diri, berkemungkinan dia tidak dapat menjalankan
tanggungjawabnya dengan baik.
Seterusnya, kita hendaklah bersikap pemaaf. Ini
kerana sikap pemaaf boleh memberikan keharmonian dalam kehidupan seharian.
Contoh, Thariq sanggup memaafkan rakan karibnya yang mencuri plan lukisan. Jika
Thariq tidak memaafkan rakannya, mungkin hubungan persahabatan mereka berakhir
begitu saja dan wujud perasaan dendam. Kita perlu ingat bahawa setiap manusia
di dunia ini tidak sempurna dan sering melakukan kesilapan, jadi kita tidak
berhak untuk menghukum kesilapan seseorang tetapi kita boleh memberi peluang
kepada mereka untuk memperbaiki kesilapan.
Di samping itu, kita hendaklah redha menerima
kententuan Allah. Ini kerana setiap perjalanan hidup manusia sudah ditentukan
oleh Allah. Kita hanya mampu merancang sahaja perjalanan hidup tetapi yang
menentukan ialah Allah. Contohnya, Nada redha dan sentiasa berdoa agar dia
dapat bertemu kembali dengan Thariq setelah dua tahun tidak berhubung. Jika
Nada tidak redha, mungkin kehidupannya tidak tenang kerana asyik memikirkan
soal jodohnya dengan Thariq.
Cerpen: Cinta Di Kota Andalusia
Karya : Atikah Ibrahim
Sumber: penulisan2u
http://www.penulisan2u.my/cerpen-cinta-di-kota-andalusia/
![]() |
Bahagian dalam Mezquita Cordoba |
Cerpen: Cinta Di Kota Andalusia
Karya : Atikah Ibrahim
Sumber: penulisan2u
http://www.penulisan2u.my/cerpen-cinta-di-kota-andalusia/
๐๐ผ
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteGood.. Best article review
ReplyDeleteThanks Hidayah.
DeleteKalau ada rezeki kita pergi sana nanti
DeleteHere I come to support Nisa and friends๐๐๐
ReplyDeleteThanks Shafek kerana sudi menjadi follower bagi blog kami. Moga post-post yang ada di blog kami memberi info yang berguna kepada semua .
Deletenah :) support untuk hang. ikhlas dari kedah :) hahahaha
ReplyDeleteTerima kasih, untuk ulasan cerpen yang ditulis oleh saya. Sangat menghargai.
ReplyDelete