Assalamualaikum. Buat apa tu? Jom lah baca ulasan cerpen yang kedua. Seminggu yang lepas kita dah buat ulasan tentang cerpen yang bertajuk “Cinta
di Kota Andalusia”. Hari ini kita ulas cerpen yang bertajuk “Ibu, maafkan aku!”
yang ditulis oleh Norhidayah Johari.
Cerpen ini mengisahkan tentang sebuah keluarga di mana ketua
keluarga tersebut (bapa) telah meninggal dunia akibat terlibat di dalam satu
kemalangan. Si ibu yang bernama (Imah Binti Abd Rahman) mempunyai dua orang
anak, seorang lelaki (abang) dan seorang perempuan (Dania). Anak lelaki mereka
baru keluar dari penjara dan telah dijamin oleh ibunya sendiri manakala Dania
berada di luar negara kerana sedang menyambung pengajiannya. Kedua-dua anaknya
ini berkelakuan kurang ajar, anak lelaki biadap menengking ibunya sendiri
manakala anak perempuan berkelakuan tidak sopan di luar negara. Satu hari, si
abang dan Dania mendapat tahu bahawa ibu mereka telah meninggal dunia akibat
daripada langgar lari. Si abang melihat kejadian tersebut depan matanya
manakala Dania tahu perkara tersebut melalui internet. Kedua-dua mereka tidak
sempat memohon ampun kepada ibu mereka, hanya sempat berbisik di dalam hati
kecil, “Ibu, maafkan aku!”
Tema cerpen ini pula ialah berkisahkan hubungan kekeluargaan antara
ibu dan dua orang anaknya. Penulis telah menggunakan beberapa latar masa dan
juga latar tempat antaranya ialah:
Latar masa : Lima
tahun penantian, Dua puluh tahun yang lalu
Latar tempat : Kota
London, Stesyen “Underground Tube Bayswater”
Pesona Kota London Kredit: Cheria Holiday |
Pengajaran yang dapat kita ambil dari cerpen ini ialah kita
haruslah menyayangi dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita kerana tanpa
mereka, kita tidak akan wujud di muka bumi ini. Sebagai contoh, kedua-dua anak
dalam cerpen tersebut tidak menghormati ibunya malah sehingga ke akhir hayat
ibunya mereka tidak dapat memohon ampun.
Akhir sekali, kita akhirkan dengan satu kata-kata hikmah iaitu: “Harta
yang paling berharga ialah keluarga”.
Kredit: Abdillahil Hadiy |
0 comments:
Post a Comment