Wednesday, 6 December 2017

Kritikan Sastera (Sajak: Jendela Perang)

    Sajak Jendela Perang hasil pengkaryaan Jasni Matlani ini membawa tema kehancuran atau kebinasaan yang menjadi hasil daripada percetunya perang. Melalui sajak ini, penyajak cuba menimbulkan gambaran atau imej sadis yang berlaku semasa perang sepertimana yang digambarkan dalam baris satu dan dua. Sajak ini dilihat mempamerkan atau memancarkan tiga corak perasaan yang berbeza. Dalam dua rangkap pertama, penyajak, Jasni Matlani meniupkan dalam penulisannya rasa kesal, dalam dua rangkap seterusnya, perasaan sayu serta takut dan rangkap seterusnya pula menonjolkan amarah dan tidak puas hati. Setiap perasaan yang diselitkan ini mampu menggambarkan perasaan yang hadir bersama perang kepada pembaca.
    Pengajaran yang boleh dipetik daripada sajak Jendela Perang ialah peperangan yang berlaku akan hanya mampu mendatangkan kemusnahan dan kesengsaraan dalam hidup manusia. Akibat dari perang ini akan menyebabkan kematian dan penderitaan kepada insan-insan yang tidak berdosa semata-mata bagi memuaskan nafsu sesetengah pihak yang tidak berperikemanusiaan.
    
Tajuk Puisi: Jendela Perang
Penyajak: Jasni Matlani
Sumber daripada: Buku Tergantung Pada Kata (Dewan Bahasa dan Pustaka)

0 comments:

Post a Comment

 

WARKAH SASTERA Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template