Assalamualaikum
kepada pembaca semua…
Pada kali ini kumpulan kami telah ditugaskan untuk
membuat satu video menggunakan aplikasi stop motion. Kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih
lagu kanak-kanak yang bertajuk Bangau Oh Bangau untuk dijadikan sebagai video
stop motion kumpulan kami. Hah, bagi anda yang tidak mengetahui apa itu stop
motion, mesti anda nak tahu dengan lebih jelaskan? Kami akan terangkan sedikit mengenai stop motion ni. Stop Motion itu adalah teknik di mana sebuah objek seperti
boneka, model, atau gambar digerakkan oleh tangan dengan cara memindahkan posisi
secara perlahan-lahan. Disetiap gerakan dirakam dan hasil rakaman itu
disusun berurutan, maka yang tercipta adalah kesan seolah – olah bergerak
dan hidup.
Selain itu, kumpulan kami juga telah memilih lagu Bangau Oh
Bangau ini kerana ia sarat dengan pengajaran dan sangat dekat dengan kehidupan
seharian kita. Walaupun ianya lucu dan menghiburkan, namun
bait-bait lagu ini mengandungi unsur sindiran yang sangat tajam, khusus buat
sekumpulan masyarakat yang suka menyalahkan orang lain. Masing-masing menuding
jari kerana hendak melepas diri daripada dipersalahkan. Pastinya,
sikap salah-menyalahkan ini akan berterusan dan masalah tidak akan selesai.
Iktibarnya, kisah ini mengajar kita apabila berlaku satu masalah dalam
masyarakat, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing dan perlu
mengelak daripada menjadi enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
agar setiap permasalahan mendapat solusi yang terbaik. Tegasnya, setiap kita
hendaklah melihat diri sendiri dahulu sebelum menuding jari. Kita perlu mencari
apa yang salah, bukannya siapa yang salah. Apakah yang salah dan apakah
sumbangan kita untuk menyelesaikan masalah tersebut? Walaupun masalah itu
kecil, kita perlu membuat penyelesaian yang terbaik mengikut kemampuan yang
ada. Ubahlah dan betulkanlah diri dahulu maka barulah kita akan berjaya
membetulkan orang lain kerana kita tidak boleh mengubah diri orang lain, namun
kita mampu mengubah diri sendiri.
Kami berharap agar kalian terhibur dengan video yang kumpulan
kami hasilkan. Selamat menonton!
Nice👍👍👍 Good job Nisa and friends..
ReplyDeleteThanks Shafek.
ReplyDeletePerkongsian yang menarik
ReplyDelete