Friday, 8 December 2017

VIDEO LAGU "BURUNG KAKAK TUA"

1 comments
Assalamualaikum semua. Hari ini kita post video pulak ya. Jadi taklah terlalu bosan asyik membaca ja kan? Pada minggu ke-7, setiap kumpulan diminta memilih serangkap pantun atau serangkap lagu untuk dijadikan video. Video tersebut hendaklah dirakam sekitar Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya sahaja. Ketika kami mencari idea untuk melakukan tugasan ini, kami telah ternampak seekor burung yang berada di tingkap atas bangunan Akademi Pengajian Melayu. Dari situlah kami mendapat idea untuk memilih lagu 'Burung Kakak Tua'. Selamat menonton!


Thursday, 7 December 2017

ULASAN CERPEN 2 (IBU, MAAFKAN AKU!)

0 comments
Assalamualaikum. Buat apa tu? Jom lah baca ulasan cerpen yang kedua. Seminggu yang lepas kita dah buat ulasan tentang cerpen yang bertajuk “Cinta di Kota Andalusia”. Hari ini kita ulas cerpen yang bertajuk “Ibu, maafkan aku!” yang ditulis oleh Norhidayah Johari.

Cerpen ini mengisahkan tentang sebuah keluarga di mana ketua keluarga tersebut (bapa) telah meninggal dunia akibat terlibat di dalam satu kemalangan. Si ibu yang bernama (Imah Binti Abd Rahman) mempunyai dua orang anak, seorang lelaki (abang) dan seorang perempuan (Dania). Anak lelaki mereka baru keluar dari penjara dan telah dijamin oleh ibunya sendiri manakala Dania berada di luar negara kerana sedang menyambung pengajiannya. Kedua-dua anaknya ini berkelakuan kurang ajar, anak lelaki biadap menengking ibunya sendiri manakala anak perempuan berkelakuan tidak sopan di luar negara. Satu hari, si abang dan Dania mendapat tahu bahawa ibu mereka telah meninggal dunia akibat daripada langgar lari. Si abang melihat kejadian tersebut depan matanya manakala Dania tahu perkara tersebut melalui internet. Kedua-dua mereka tidak sempat memohon ampun kepada ibu mereka, hanya sempat berbisik di dalam hati kecil, “Ibu, maafkan aku!”

Tema cerpen ini pula ialah berkisahkan hubungan kekeluargaan antara ibu dan dua orang anaknya. Penulis telah menggunakan beberapa latar masa dan juga latar tempat antaranya ialah:
Latar masa       : Lima tahun penantian, Dua puluh tahun yang lalu
Latar tempat    : Kota London, Stesyen “Underground Tube Bayswater”


Related image
Pesona Kota London
Kredit: Cheria Holiday


 
 
 
Pengajaran yang dapat kita ambil dari cerpen ini ialah kita haruslah menyayangi dan menghormati kedua-dua ibu bapa kita kerana tanpa mereka, kita tidak akan wujud di muka bumi ini. Sebagai contoh, kedua-dua anak dalam cerpen tersebut tidak menghormati ibunya malah sehingga ke akhir hayat ibunya mereka tidak dapat memohon ampun.

Akhir sekali, kita akhirkan dengan satu kata-kata hikmah iaitu: “Harta yang paling berharga ialah keluarga”.

Image result for gambar keluarga bahagia
Kredit: Abdillahil Hadiy 



Wednesday, 6 December 2017

Kritikan Sastera (Sajak: Jendela Perang)

0 comments
    Sajak Jendela Perang hasil pengkaryaan Jasni Matlani ini membawa tema kehancuran atau kebinasaan yang menjadi hasil daripada percetunya perang. Melalui sajak ini, penyajak cuba menimbulkan gambaran atau imej sadis yang berlaku semasa perang sepertimana yang digambarkan dalam baris satu dan dua. Sajak ini dilihat mempamerkan atau memancarkan tiga corak perasaan yang berbeza. Dalam dua rangkap pertama, penyajak, Jasni Matlani meniupkan dalam penulisannya rasa kesal, dalam dua rangkap seterusnya, perasaan sayu serta takut dan rangkap seterusnya pula menonjolkan amarah dan tidak puas hati. Setiap perasaan yang diselitkan ini mampu menggambarkan perasaan yang hadir bersama perang kepada pembaca.
    Pengajaran yang boleh dipetik daripada sajak Jendela Perang ialah peperangan yang berlaku akan hanya mampu mendatangkan kemusnahan dan kesengsaraan dalam hidup manusia. Akibat dari perang ini akan menyebabkan kematian dan penderitaan kepada insan-insan yang tidak berdosa semata-mata bagi memuaskan nafsu sesetengah pihak yang tidak berperikemanusiaan.
    
Tajuk Puisi: Jendela Perang
Penyajak: Jasni Matlani
Sumber daripada: Buku Tergantung Pada Kata (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Kritikan Sastera (Sajak: Tasbih)

0 comments

   Tasbih
Kredit: Irisya Suhaimi
        Pasti.
Bukan pujiku yang menggilap
kemuliaan⸝Mu
        hanya mulut dan lidahku
yang Kau bersihkan
dari setiap debu dan kotoran

ketika rindu pada⸝Mu memutih
kusebut berulang kali nama⸝Mu
dan kugilap cintaku
       yang selalu pudar

Aku ingin selalu setia
        pada cinta ˗
Cinta yang putih semata.

   Tema yang ditimbulkan dalam penyajak Abdul Rahim Tapah dalam sajaknya yang bertajuk Tasbih ini ialah keinsafan seorang insan akan hubungannya dengan Tuhannya. Sajak ini memberikan gambaran kepada pembaca akan keadaan seorang hamba yang mengadu kekurangan dirinya dalam kecintaan kepada Tuhannya. Sajak Tasbih ini mengalunkan nada sayu. Penggunaan kata dalam setiap rangkap sajak ini menunjukkan sikap rendah diri penyajak dalam mengungkapkan rasa cinta kepada Ilahi sepertimana yang ditonjolkan dalam rangkap pertama Bukan pujiku yang menggilap kemuliaan⸝Mu. Penggunaan atau pemilihan kata ini mampu menimbulkan kesayuan dan kinsafan diri kepada pembaca.
    Melihat dari segi nilai, pengajaran yang boleh diamati daripada penulisan sajak ini ialah sebagai seorang muslim seharusnya kita sering memuhasabah diri. Keinsafan diri akan perbuatan silap yang telah dilakukan perlu wujud dalam hati setiap insan yang mendambarkan cinta daripada Yang Maha Mencipta.

Tajuk Puisi: Tasbih
Penyajak: Abdul Rahim Tapah
Sumber daripada: Buku Tergantung Pada Kata (Dewan Bahasa dan Pustaka)

Kritikan Sastera (Sajak: Kain Buruk Ayah)

0 comments
     
Kredit: Jonathan Reza

    Tema yang ingin diketengahkan oleh penyajak dalam sajak Kain Buruk Ayah ialah pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa menempuhi kesukaran serta kepayahan dalam menyara keluarga. Kemiskinan yang dihadapinya bukanlah suatu penghalang baginya menjalankan kewajipan kepada keluarga dan Tuhan. Hal ini jelas digambarkan dalam rangkap ke-2 sajak.
    Pengulangan kata kain buruk ayah dalam sajak yang diulang pada setiap rangkap mampu menekankan imej kesusahan serta kedaifan yang dialami oleh watak Ayah dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini dikuatkan dengan rangkap ketiga sajak.
    Pemikiran yang ingin ditonjolkan oleh penyajak dalam sajaknya ialah perasaan hiba dan sedih seorang anak mengenangkan perihal kesukaran yang dihadapi oleh seorang bapa untuk membesarkan anak-anaknya. Penyajak juga cuba meniupkan perasaan rindunya seorang anak kepada bapanya yang sudah tiada kerana jasanya yang tidak terhingga.
    Pengajaran dapat dipetik daripada penulisan puisi ini ialah kecekalan yang tinggi dalam menghadapi kepayahan. Kesukaran yang dihadapi seringkali menjadikan seorang insan itu lemah tidak bermaya. Dengan adanya kecekalan yang jitu dalam diri, seseorang individu itu akan mampu menghadapi dan meneruskan liku-liku kehidupan yang mencabar.
    Seterusnya, mengambil contoh watak Ayah dalam sajak, sebagai seorang muslim kita tidak seharusnya melupakan atau mengabaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada kita. Mengambil contoh Ayah yang tetap menunaikan hak keluarga dan agamanya dengan sempurna walaupun dihimpit kemiskinan.
    Pengajaran yang turut boleh dipetik ialah sikap kasih sayang yang dipupuk dalam kalangan ahli keluarga. Sikap ini perlu dalam menjamin hubungan yang erat dan kesefahaman dalam sesebuah institusi kekeluargaan.

Tajuk Puisi: Sajak: Kain Buruk Ayah
Penyajak: Muzamir
Sumber daripada: https://penyair.wordpress.com

KRITIKAN SASTERA 1 (Cerpen)

0 comments
Assalamualaikum semua pembaca. Posting hari ini tentang kritikan sastera pulak ya.

Cerpen Baju Merah Baju Kuning karya Hamidah Kamaruddin merupakan sebuah cerpen yang menceritakan tentang liku-liku kehidupan seorang wanita yang bernama Lijah, di mana beliau kerap ditimpa ujian tetapi beliau tetap tabah menghadapinya. Cerpen ini mempunyai penceritaan yang menarik kerana penulis menyampaikan kisah yang sebenarnya satu realiti pada masa kini. Penulis telah melakukan sesuatu yang sangat berbeza berbanding dengan cerpen-cerpen yang lain. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kelemahan di dalam penulisan cerpennya.

Pertama sekali, penulis sebenarnya bukan sahaja menceritakan tentang realiti hidup pada masa kini bahkan penulis juga dapat menyampaikan sebuah cerita yang menyentuh perasaan pembaca kerana cerpen ini menceritakan tentang seorang wanita bergelar ibu yang berjuang dan berkorban demi anak-anaknya. Seperti yang kita tahu, ibu atau bapa adalah orang yang paling berharga bagi setiap manusia. Namun begitu,cerpen ini boleh dikatakan terlalu ringkas kerana pengakhiran untuk cerpen ini seperti cerita yang tergantung. Pembaca seolah-olah baru sahaja mencapai klimaks penceritaan tersebut tetapi cerita tersebut telah tamat secara tiba-tiba.

Seterusnya, penulis banyak menggunakan kata adjektif yang menarik di dalam penulisan cerpen ini. Contohnya, ayat ‘Harapan tambah gaji atau sekurang-kurangnya naik supervisor berkubur bersama suara serak basah Mr Ma mengusik pekerja shif malam.’ Di dalam ayat ini, penulis memberikan kata adjektif kepada perkataan ‘suara’ iaitu ‘ serak basah’. Tetapi penulis juga banyak menggunakan perkataan-perkataan yang mungkin tidak diketahui ramai. Hal ini membuatkan para pembaca akan berasa tertanya-tanya kerana perkataan-perkataan tersebut boleh dikatakan asing dan penggunaannya sangat terhad di dalam bahasa Melayu. Pembaca akan serta merta tidak faham akan jalan ceritanya disebabkan oleh penggunaan perkataan-perkataan tersebut. Di samping itu, pembaca juga mungkin akan mengambil masa untuk mencari makna perkataan tersebut untuk memahami penceritaan itu. Antara perkataan yang dimaksudkan ialah seperti bau pering, jidat, kutai, sojar dan kertang.

Cerpen ini juga boleh dikatakan menarik dan kreatif kerana penulis ada menggunakan perumpamaan untuk menerangkan sesuatu keadaan atau sesuatu benda. Contohnya perkataan ‘betik muda’ yang digunakan penulis membawa maksud  perempuan muda atau anak dara. Kelemahannya pula ialah penulis kerap menggunakan ayat-ayat yang sukar difahami atau boleh juga dikatakan susunannya seperti tidak betul. Sebagai contoh, beberapa kelompok ayat seperti ‘Jari-jari kejar-mengejar melipat susun kertas akhbar sesetengah kuning kertang. Jari-jari sama terkitai-kitai menarik seluar panjang merosot pinggul. Sesusuk tubuh dibalut kemeja kecil coklat separuh tunduk. Segera hujung seluar ditarik lipat hingga pangkal lutut menampakkan buah betis berselirat urat biru.’ Ayat ini seperti tidak tersusun dan sukar untuk difahami mungkin kerana penulis ingin menggunakan elemen gaya penceritaan bahasa Melayu lama. Jika kita lihat pada penggunaan bahasa atau ayat di dalam karya-karya sastera Melayu lama, kita akan dapat lihat ayat-ayat berbentuk seperti ini.


Semoga apa yang disampaikan dapat memberi manfaat kepada semua orang sama ada pembaca mahupun penulis. Sekian terima kasih. 

Tajuk cerpen   : Baju Merah Baju Kuning
Penulis            : Hamidah Kamaruddin

Sunday, 3 December 2017

E-SAJAK YANG BERTAJUK IBUKU

6 comments


Video ini merupakan sebuah video E-sajak yang telah disampaikan oleh Mohamad hakimi bin mohd hanafi. Penulisan sajak ini diambil daripada hasil ciptaan muhammad syafiq pada 10 May 2010 yang bertajuk "Ibuku". secara ringkasnya sajak ini menceritakan mengenai seorang anak yang mengenangkan jasa-jasa ibunya dalam membesarkan anaknya dari segi memberi semangat hidup dalam menghadapi cabaran kehidupan, selain hasrat anaknya untuk membalas jasa dan menjaga ibunya dengan sebaik mungkin,insyaallah.

Tajuk E-Sajak             : Ibuku
Lokasi video dirakam : Tasik Varsiti Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Masa dan tarikh          : 2.30 - 3.30 PM / 26 November 2017

 

WARKAH SASTERA Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template